Peminat Lyon beri tiket kepada kakitangan kesihatan

LYON, 16 JULAI – Kumpulan penyokong utama Lyon mengatakan kelmarin bahawa mereka akan menyerahkan tiket tempat duduk mereka kepada kakitangan kesihatan untuk perlawanan Celtic, Rangers dan kelab Perancis, Nice minggu ini.

Perlawanan persahabatan itu digunakan oleh pasukan Rudi Garcia menjelang pusingan kedua Liga Juara-Juara pada Ogos ini di Juventus yang mana pasukan Ligue 1 itu telah mendahului 1-0.

Hanya 5,000 orang yang dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Groupama antara 16 hingga 18 Julai kerana sekatan COVID-19.

“Kami rasa ia logik bahawa kuota tempat-tempat yang ditetapkan memberi manfaat kepada mereka, yang mana sejak akhir musim sejuk ini telah mengalami saat-saat sukar dan yang masih hingga hari ini memerangi virus itu.

Tempat duduk ini akan diagihkan kepada petugas-petugas kesihatan di rumah jagaan dan hospital,” kata Bad Gones dan 6,000 anggotanya.

“Memilih di antara kita pasti terlalu sukar. Kami akan menunggu sehingga keadaan bertambah baik dan kerajaan menarik langkah-langkah sekatan untuk membolehkan kami mengambil kembali tempat duduk kami,” tambahnya. – AFP