Friday, October 11, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat menangis teresak-esak jumpa Ara

    Ara Johari berkongsi detik menyentuh hati ketika menjayakan aktiviti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini.

    Ara terkejut didatangi seorang peminat remaja perempuan yang menangis teresak-esak di reruai ABPBH 36, semalam.

    “Sebelum ini, saya dan remaja berusia 13 tahun itu sering berbalas mesej dalam media sosial.

    “Remaja itu peminat saya dan ini kali pertama kami bertemu.

    “Disebabkan itu, dia menangis kerana terlampau teruja dapat berjumpa saya.

    “Apabila dia menangis, hati saya tersentuh dan pada masa sama seronok mengenangkan saya ada peminat seperti dirinya,” katanya kepada BH Online.

    Sementara itu, Ara atau nama penuh, Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata acara promosi ABPBH 36 memberi peluang untuk dia mengumpul peminat baharu.

    “Tidak semua orang kenal saya walaupun sudah lapan tahun saya menyanyi.

    “Apabila saya muncul dalam acara promosi ini, mereka sedarlah kewujudan saya,” katanya. – Agensi

    Ara terkejut didatangi seorang peminat remaja perempuan yang menangis teresak-esak di reruai ABPBH 36. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda