Meskipun hubungan cinta Ariel dan Luna Maya sudah lama berakhir, namun peminat masih lagi mengharapkan kedua-duanya kembali bersatu.
Menurut laporan Tabloid, Luna mengakui bosan kerap diajukan soalan sama mengenai cinta dengan vokalis kumpulan Noah itu.
“Kenapa selalu tanya itu (kembali kepada Ariel), tanya lah Ariel sendiri.
“Nanti kalau saya sudah dengar jawapan dia, baru saya jawab. Berani tidak hendak tanya? Tidak berani kan?” katanya kepada sekumpulan media pada Isnin lalu.
Dalam pada itu, Luna memberitahu dia sedang bahagia melalui kehidupan tanpa kekasih.
“Saya jalani kehidupan seperti biasa sahaja, mahu ada atau tidak. Adakah tujuan hidup kita akhirnya hanya untuk bernikah? – Agensi