Peminat NBA luah kekecewaan

SYDNEY, 8 APRIL – Promoter sukan telah berjanji untuk memulangkan semula duit peminat yang kecewa dengan pemandangan tempat duduk yang teruk dan tanpa penampilan bintang NBA, seperti LeBron James, di dua perlawanan bola keranjang Australia menentang AS tahun lalu.

Kejohanan dan Komisi Pelanggan Australia (ACCC) berkata TEG Live akan membayar semula A$3 juta kepada kira-kira 5,000 orang yang telah membeli 20,000 tiket ke perlawanan di Sydney dan Melborune Ogos lalu.

ACCC mendapati promoter telah membuat ‘pengumuman palsu dan mengelirukan’ mengenai pemandangan penyokong mengenai gelanggang yang akan digunakan dan bintang AS akan bermain dalam perlawanan itu.

‘Bagi pandangan kami, tindakan TEG Live adalah tidak boleh diterima, dan kami gembira kira-kira 5,000 orang pengunjung akan menerima semula secara automatik duit mereka,” pengerusi ACCC rod Sims berkata.

TEG Live mengiklankan perlawanan tersebut menggunakan imej stadium bola keranjang Amerika Syarikat, yang menunjukkan tempat duduk di paras gelanggang, yang mana tidak pernah terjadi di Melbourne.

Kebanyakan tempat duduk premium – yang berharga antara AS$895 dan AS$3,995 – mempunyai pemandangan yang terganggu.

Pengiklanan turut menunjukkan bintang ternama NBA seperti bintang Los Angeles Lakers James dan Kevin Durant dari Brooklyn Nets akan bermain di perlawanan persembahan, apabila promoter telah mengesahkan mereka tidak akan membuat penampilan.

“Pada akhirnya, hanya empat pemain dari skuad 35 orang pemain – Harrison Barnes, Kemba Walker, Kris Middleton dan Myles Turner – bermain dalam perlawanan tersebut,” pengerusi ACCC Rod Sims berkata.

“Kami sangat risau orang ramai membeli tiket kerana mempercayai ramai pemain yang berprofil tinggi dari iklan tersebut akan bermain, tetapi akhirnya, ia tidak berlaku.” ACCC berkata pemegang tiket yang terjejas boleh membuat tuntutan pada bulan Julai. – AFP

Promoter TEG Live telah berjanji untuk memulangkan semula duit peminat yang kecewa dengan pemandangan tempat duduk yang teruk dan menayangkan iklan yang boleh mengelirukan dengan menyebut nama besar bintang NBA seperti LeBron James untuk menyertai perlawanan itu. – AFP