Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Peminat patah hati MK pimpin tangan kekasih

    Ada yang patah… bukan kayu tapi hati! Itu antara kapsyen yang dimuat naik peminat yang kecewa apabila video memperlihatkan penyanyi rap popular MK (K-Clique) berjalan sambil memegang tangan seorang wanita.

    Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok @sugardoll.finie, penyanyi lagu Pulang itu kelihatan hadir di sebuah majlis rumah terbuka bersama kekasihnya dengan memakai baju sedondon berwarna hitam.

    MK atau nama sebenarnya Muhamad Hairi Amin Hamdan, 26, turut mengulang siar beberapa posting daripada warganet yang merakam aksi romantik itu.

    Malah, nama wanita yang dikenali sebagai Hajar Siti pula mendapat perhatian dan menjadi cari paling popular di laman Facebook.

    Rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui penyanyi yang juga pelakon itu sudah berpunya.

    Malah, ada yang mendakwa gadis berkenaan daripada keluarga ternama yang berasal dari Kuantan, Pahang.

    Pada 25 April lalu, MK memuat naik foto bersama seorang wanita dengan kapsyen romantis dan memberitahu hatinya sudah dimiliki.

    Dia turut meletakkan pautan akaun Instagram @hajaarsitii pada gambar tersebut. – Agensi

    Ramai peminat kecewa MK sudah ada kekasih. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...