Peminat puji wajah comel anak perempuan Park Joon Hyung

Buat pertama kali, penyanyi Park Joon Hyung berkongsi wajah penuh anak perempuannya iaitu Park Ju Nie yang kini berusia tiga tahun.

Memetik laporan Allkpop, Park Joon Hyung memuat naik foto dia bersama anak sulungnya itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Semua orang kena berhati-hati dalam keadaan hujan dan harap anda semua selamat sampai di rumah serta menikmati malam yang tenang,” tulisnya.

Rata-rata warganet dan peminatnya meluahkan rasa teruja selain memuji anak Park Joon Hyung cantik biarpun masih kanak-kanak.

Sebelum ini, Park Joon Hyung pernah berkongsi video yang menampakkan sedikit wajah puteri kesayangannya itu.

Penyanyi berusia 52 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pramugari yang 13 tahun
lebih muda daripadanya pada 2015. – Agensi

Rata-rata warganet dan peminatnya meluahkan rasa teruja dan memuji anak Park Joon Hyung cantik biarpun masih kanak-kanak. – Agensi