Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Peminat ‘request’ Zizi Kirana buat video mengaji

    Setiap kali bulan Ramadan, ramai peminat meminta penyanyi Zizi Kirana merakamkan video mengaji atau alunan zikir dan selawat.

    Terharu dengan respons yang diterima, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, bagaimanapun mengakui bimbang jika melakukan kesalahan dalam perkongsian tersebut berikutan dia masih belajar.

    “Sebelum puasa lagi ramai dah request mahu video mengaji atau selawat. Teruja juga sebab macam dah jadi rutin setiap tahun.

    “Namun dalam hati ada rasa takut sebab saya pun masih belajar dan bimbang jika tersalah dari segi bacaan. Syukur selama ini ramai ustazah yang sudi membimbing,” katanya kepada wartawan.

    Sepanjang Ramadan ini, Zizi berkata dia belum berkesempatan memuat naik sebarang video di laman sosial kerana mengalami masalah suara akibat jangkitan COVID pada Mac lalu.

    Zizi Kirana akan kongsi video mengaji demi tidak mahu hampakan peminat. – Agensi

    “Suara saya masih belum pulih sepenuhnya selepas terkena jangkitan COVID dan disebabkan itu tak sempat hendak rakamkan video baharu dan muat naik di awal Ramadan.

    “Semestinya saya tidak mahu hampakan peminat dan cuba untuk rakam video mengaji. Mungkin akan muat naik di hujung Ramadan.

    “Ini adalah satu cara untuk saya berkongsi manfaat kepada semua orang,” jelasnya.

    Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Yusof Bahrin ini juga bimbang jika masalah suara akan berlarutan dalam tempoh masa lama dan menjejaskan pendapatannya sebagai penyanyi.

    Memandang dari sudut positif, kata Zizi mungkin ini adalah ketentuan Allah untuk dia berehat sepanjang Ramadan dan memberi fokus kepada aktiviti ibadah.

    “Sebagai penyanyi memanglah risau jika masalah suara berlarutan untuk tempoh masa yang lama. Macam mana saya nak nyanyi kalau suara tak keluar?

    “Saya ambil kesempatan ini untuk rehat sepanjang puasa. Saya juga tidak terlalu menerima tawaran yang banyak dalam bulan Ramadan ini,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...