Peminat saksikan kemenangan Napoli

MILAN, 20 SEPT – Napoli mencatat kemenangan 2-0 ke atas Parma dalam perlawanan yang menandakan kepulangan penyokong ke stadium hari ini.

Dries Mertens dan Lorenzo Insigne berjaya menempa nama selaku penjaring gol pada separuh masa kedua buat Napoli, yang berharap untuk memberikan saingan kepada Juventus yang sedang memburu rekod kejuaraan Serie A ke-10 berturut-turut.

Di Parma, peminat hadir buat kali pertama sejak Serie A disambung semula semasa pandemik koronavirus selepas kerajaan bersetuju pada Sabtu untuk membenarkan 1,000 orang peminat ke stadium.

Peminat memakai penutup mulut dan hidung serta mengikut peraturan penjarakan fizikal, malah mereka juga turut diperiksa suhu badan mereka sebelum memasuki stadium.

Permainan pada separuh masa pertama hambar di mana hanya satu percubaan tepat dicatatkan.

Walau bagaimanapun, intensiti perlawanan semakin meningkat selepas waktu rehat dan Napoli berubah rentak apabila pemain baharu mereka, Victor Osimhen dibawa masuk pada minit ke-61. – AP

Reaksi pemain penyerang Napoli, Lorenzo Insigne meraikan gol. Napoli mencatat kemenangan ke atas Parma dalam perlawanan yang menandakan kepulangan penyokong ke stadium. – AP