Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Peminat sangka Prilly Latuconsina, Reza Rahadian nak kahwin

    Perkongsian foto terbaharu pelakon Prilly Latuconsina di laman Instagram mengundang pelbagai persoalan daripada peminat.

    Dalam hantaran terbaharu itu, Prilly bergambar mesra dengan pasangan gandingannya dalam drama bersiri My Lecturer My Husband iaitu Reza Rahadian.

    Prilly dilihat cantik mengenakan gaun putih seperti busana pengantin, manakala Reza pula tampil dengan sut berwarna coklat.

    “Bunga sahaja sudah cukup buat diriku. Namun kau memberikanku seluruh taman bunga,” tulis Prilly pada ruangan kapsyen.

    Potret kemesraan mereka tidak terhenti disitu sahaja, malah pada foto berikutnya Reza mencium kening pelakon wanita berusia 25 tahun itu.

    Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai perkongsiannya itu, Prilly memberitahu foto itu merupakan sebahagian projek lagu yang dilancarkan pada Jumaat.

    “Video klip Dear Love bakal ditayangkan pada hari ini. Nanti kita tengok sama-sama ya,” jelasnya.

    Gara-gara muat naik itu, ada warganet menyangka pasangan ini sedang menjalani fotografi sebelum perkahwinan.

    “Ini macam tengok pre-wedding.

    “Sempat fikir adakah Prilly kahwin senyap-senyap? Banyak pertanyaan yang berlalu dalam minda. Tapi ternyatanya tidak.

    “Ya Allah macam pre-wedding. Saya doakan semoga dikabulkan Allah. Amiin,” antara komen-komen warganet. – Agensi

    Perkongsian foto terbaharu Prilly Latuconsina (kanan) mengundang pelbagai persoalan daripada peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...