Peminat sukan besbol ambil langkah berwaspada

CHICAGO – Berdiri di bahagian penjuru Waveland Avenue, Moe Mullins telah melihat mereka datang dan pergi.

Sosa dan McGwire, The Sandberg Game, Pujols, semua yang terdiri daripada golongan tua dan muda bersatu kembali. Musim panas dengan langit yang biru, dan kawasan kejiranan yang akan berubah untuk selamanya.

“Anda tahu, hidup ini adalah satu bulatan yang besar, sama seperti besbol,” kata Mullins.

Ketika Liga Utama Besbol memulakan musimnya tanpa kehadiran peminat di stadium, pemain-pemain di Wrigley Field kekal di posisi masing-masing di tengah-tengah pandemik koronavirus. Perlawanan yang percuma dan mudah, sama seperti kedai gunting jalanan yang dipenuhi oleh rakan-rakan lama dan semua orang bermain dengan adil.

Ia sama seperti ini selama berdekad-dekad, tetapi kini dengan penutup hidung dan mulut dan – tiada bola yang dibaling melepasi pagar – penjarakan fizikal yang dipatuhi.

Sebilangan peminat memakai penutup mulut dan hidung bagi mengekang penularan wabak koronavirus.- AP
Peminat-peminat Chicago Cubs menunggu bola di luar Wrigley Field sebelum hari pembukaan perlawanan besbol.- AP

“Kami peminat tegar besbol. Kami semua sama. Kami minat besbol,” kata Ken Keefer, 62, yang tinggal di penjuru Waveland dan Utara Kenmore Avenue – yang berada di luar taman permainan yang bersejarah.

“Orang-orang hanya mencari sesuatu seperti ini. Maksud saya, mereka benar-benar mahukan sesuatu, saya tidak tahu jika perkataan normal adalah tepat untuk digunakan, tetapi kembali seperti dahulu.”

Koronavirus telah mengakibatkan kerugian kepada Keefer dan syarikat lebih daripada separuh musim ini. Tiada seorang pun yang bermain besbol di Wrigleyville musim bunga ini. Sebaik sahaja pasukan Chicago Cubs memulakan latihan mereka semula, peminat-peminat akan kembali.

Tetapi sebarang perhimpunan di sekitar Wringley mungkin akan memberikan masalah sekali lagi. The Cubs telah menurut kawasan taman di Gallagher Way semasa perlawanan pertama mereka di tempat sendiri dan tidak menayangkan perlawanan di papan video gergasi di luar taman dalam usaha untuk menggelakkan orang ramai berhimpun. Mereka tidak berdepan sebarang masalah semasa siri pembukaan menentang Milwaukee, tetapi setiap kawasan di bandar Chicago itu telah dipantau.

“Kami bimbang tentang hal itu ketika kami menyedari bahawa besbol akan kembali, dan kami telah bekerja dengan bersungguh-sungguh bersama pasukan-pasukan dan pemilik serta peniaga di kawasan itu untuk memastikan bahawa kami tidak melihat perkumpulan yang besar,” datuk bandar, Lori Lightfood berkata.

“Saya rasa dengan tiadanya perhimpunan besar, terutama di Wrigleyville, keputusan kerjasama dan perhubungan adalah mengikut jadual.

Fenway Park mempunyai pemandangan yang tersendiri di Lanedowne Street. AT&T di San Francisco terdapat kayak di McCovey Cove. Di luar Progressive Field di Cleveland, beberapa orang peminat berhimpun di Eagle Avenue semasa latihan, membuat pukulan dan perlawanan dengan mengharap bahawa bola akan melepasi pintu-pintu taman yang dikunci dan ke jalan untuk dijadikan sebagai cenderahati.

Mullins, 69, merupakan dekan peminat Wrigley, keluar untuk kali pertama pada tahun 1958. Dia telah menyimpan sebahagian besar dari 6,000 bola dari lapan dekad yang lalu, mengisi tiga tangki ikan besar dan mengisi sebahagian besar beg di Elmwood, dan beberapa jersi di tempat sendiri disimpan di dalam almari bahagian atas.

“Baju-baju yang ada di sini kebanyakannya adalah pemain-pemain utama,” kata Mullins semasa membawa melihat di sekitar Waveland, dan ia adalah apa yang sering dilakukan oleh pemain–pemain utama. Kami tidak sabar untuk menantikan besbol untuk kembali.”

Setiap veteran Wrigley mempunyai tip bagaimana untuk menjejak bola tersebut. Dalam tahun yang normal, teriakan dari peminat akan kedengaran, tetapi bunyi amaran itu tidak kedengaran pada tahun ini. Kebanyakan mereka fokus untuk menunggu bola – dan terus menunggu.

Mullins menegaskan bahawa kekal bersabar dan mendengar nasihat dari peminat yang lebih berpengalaman. Davison, 52, memberitahu orang ramai untuk menjarakan diri berserta memakai sarung tangan.

Dengan memakai penutup mulut dan hidung, Mullins berkata dia tidak bimbang mengenai dijangkiti koronavirus sementara dia menantikan bola sebenar turun dari langit.

Isterinya, Donna, sering memerhatikannya, untuk memastikan dia dalam keadaan berhati-hati.

Davison, yang telah menukar bola-bola tersebut menjadi sebuah permata berkata dia akan menjualnya melalui laman web, mengatakan di juga perlu berhati-hati.

“Di luar sana, saya boleh berjalan luar dari sesuatu tempat dan jika seseorang tidak memakai penutup mulut dan hidung, saya akan menjadi bimbang,” katanya dengan memakai penutup mulut dan hidung bercorak.

Walaupun mereka tidak memakai penutup hidung dan mulut, saya memakainya untuk mereka dan saya akan menjarakan diri saya daripada mereka. Walaupun penutup mulut dan hidung dan penjarakan fizikal menjadi perkara biasa di antara peminat, koronavirus telah menjangkiti orang ramai dalam cara yang lain. – AP