Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Peminat syak Se Young buat pembedahan plastik kali kedua

    Penampilan pelakon dan pelawak Lee Se Young sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila dia dikatakan melakukan pembedahan plastik buat kali kedua.

    Dakwaan itu dibuat warganet yang terpukau melihat perubahan wajah aktres itu selepas membuat pembedahan sama dua tahun lalu.

    Allkpop melaporkan sebelum ini Se Young pernah mengaku menjalani diet ketat selain melakukan senaman komprehensif dan menjalani beberapa prosedur kecantikan.

    Aktres itu turut dilaporkan melakukan suntikan filler dan botoks pada bahagian hidung selain khabar angin mengatakan dia membuat pembedahan hidung dan rahang.

    Aktres itu dipercayai melakukan pembedahan wajah susulan tertekan dengan komen negatif warganet yang menghina wajahnya sebagai hodoh.

    Pada 2017, nama Se Young pernah tular di Malaysia susulan sebuah laman Facebook iaitu Daebaking sering memuat naik video pelawak itu dengan sari kata bahasa Melayu yang kelakar.

    Malah karakter Hidayah turut dicipta sehingga dia lebih dikenali dengan nama itu dalam kalangan peminat Malaysia. – Agensi

    Perubahan ketara wajah Se Young mendapat perhatian ramai. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...