Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Peminat terkejut jumlah royalti diperoleh Tomok

    Muat naik terkini pelakon dan penyanyi, Tomok di Instagram telah menarik perhatian peminatnya. Dalam hantaran tersebut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah berkongsi penyata bank yang menunjukkan jumlah wang royalti yang diterima.

    Penyata bank tersebut telah menunjukkan wang royalti yang diterima Tomok, dari tahun 2013 sehingga tahun 2021 yang dianggarkan sangat sedikit dengan perolehan hanya sebanyak RM19.06. Malah, Tomok menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang pahit untuk diterima.

    “Pahit untuk di telan.. Tapi takpa, terus pandang ke depan #royalty,” tulisnya.

    Melihat perkongsian penyanyi tersebut, rata-rata daripada mereka berasa terkejut melihat realiti yang sebenar dan turut membuka mata mengenai pendapatan anak seni yang mungkin tidak seindah khabar.

    “Kenapa sampai negatif?? #gajiorangseni”

    “Dari tahun 2013 banyak ni je.. Allahu. Semoga Allah balas dengan rezeki yang melimpah ruah lepas ni,” komen mereka.

    Tomok memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan muncul sebagai vokalis kumpulan New Boyz pada tahun 1999.

    Kemudian, Tomok menempa nama sebagai penyanyi solo selepas menjuarai program realiti One In A Million bagi musim yang ketiga pada tahun 2008. – Agensi

    Tomok menyifatkan wang royalti yang diterima dari tahun 2013 sehingga tahun 2021 yang dianggarkan sangat sedikit sebagai satu kenyataan yang pahit untuk diterima. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...