Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Peminat teruja Fasha bawa watak datin

    Satu perkongsian milik pelakon berbakat, Fasha Sandha di Instagramnya baru-baru ini menarik perhatian lensa Murai MY dan warganet.

    Menjengah ke Instagram aktres jelita ini, Fasha berkongsi projek terbarunya iaitu sebuah drama berjudul Rampas Cintaku. Melihat coretan Fasha dimuatnaik tersebut, pelakon ini mendedahkan pertama kali melakonkan watak yang diberi kepadanya.

    “Sukarnya nak bawa watak Datin Safieya dalam #rampascintaku ni. Kisah Rizal yang jatuh hati pada ladyboss nya…

    “Tak pernah lagi bawa karakter macam ni.

    “Mula-mula seram juga nak terima karakter Safieya ni, tapi memandangkan skripnya sangat bagus dan banyak pengajaran dalam drama ni, barisan pelakon semua bagus. Saya terima,” tulisnya.

    Fasha berkongsi projek terbaharunya di laman Instagramnya iaitu sebuah drama berjudul Rampas Cintaku yang akan memegang watak datin. – Agensi

    Hantaran yang dikongsikan Fasha di Instagramnya, mendapat perhatian rakan selebriti dan juga para peminatnya. Rata-rata ramai yang memberi komen diruangan komen muatnaik tersebut, dengan mengatakan mereka tidak sabar menunggu buah tangan terbaru Fasha.

    “Wah.. Lepas ni kak long terjerat dengan cerita ni la pula.. Itu hari Khilaf Asmara, Dendam Seorang Isteri.. Suka teruk lakonan awak dik..,” komen Amelina.

    “Tak sabar nak tengok.. Cerita Dendam Seorang Isteri tak habis lagi.. Memang tersentuh bila awak yang bawa lakonan ni terbaik..”

    “Waa tak sabar. @fashasandha lakonan tak pernah mengecewakan.”

    “@fashasandha bawalah watak apapun memang awesome!”

    “Menarik gaya cerita ni.”

    “Tak sabar nak tengok semua drama kak Fasha,” antara komen peminat.

    Sekadar info dalam penulisan akhir pelakon berbakat ini, Fasha mendedahkan drama buah tangan terbarunya itu berjudul Rampas Cintaku terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd dan bakal menemui penonton tidak lama lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...