Pemindahan Afghan diteruskan hingga 31 Ogos

WASHINGTON, 26 OGOS – Pentagon menolak laporan hari ini mengatakan mereka bersedia menamatkan pemindahan dari Afghanistan sebelum hujung minggu ini, berkata operasi dari lapangan terbang Kabul akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

“Operasi pemindahan di Kabul tidak akan berakhir dalam 36 jam. Kami akan meneruskan pemindahan seberapa ramai orang sehingga misi berakhir,” kata jurucakap Jabatan Pertahanan John Kirby.

Sekutu Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Hungary, Belanda dan negara lain telah pun mengumumkan mereka telah atau akan menghentikan penerbangan pemindahan mereka, dan Jerman juga dijangka melancarkan penerbangan terakhirnya esok, di tengah laporan risikan pengebom nekad sedang mengancam lapangan terbang Kabul. Jumlah orang yang telah dipindah keluar dari lapangan terbang Kabul sejak penerbangan antarabangsa bermula pada 14 Ogos mencecah 95,700 hari ini, termasuk warga asing dan Afghan.

Presiden Joe Biden berkata pada Selasa Amerika Syarikat akan berpegang pada tarikh akhir pengunduran kesemua tentera dari Afghanistan menjelang 31 Ogos, untuk menamatkan peperangan pimpinan AS selama dua dekad di sana.

Jurucakap untuk Taliban, yang merampas Kabul pada 15 Ogos untuk melancarkan kempen ke atas tentera kerajaan, berkata operasi pemindahan terpaksa berakhir pada 31 Ogos. – AFP

Jurucakap Pentagon John Kirby bercakap semasa taklimat di Pentagon di Washington kelmarin. – AP