RAMALLAH, 22 Jan – Pemimpin-pemimpin beberapa kumpulan Palestin dan kuasa-kuasa politik memberi amaran bahawa memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis akan menimbulkan kemarahan rantau itu.
“Donald Trump tidak mempunyai hak untuk memindahkan kedutaan ke sebuah bandar ditawan,” kata satu kenyataan bersama kumpulan-kumpulan dan kuasa itu pada kesudahan satu mesyuarat yang diadakan di bandar Ramallah.
Kumpulan itu menegaskan bahawa niat untuk memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis “jelas menunjukkan kedudukan berat sebelah AS.”
Mereka meminta warga Palestin untuk mengambil langkah-langkah praktikal terhadap keputusan itu apabila ia dilaksanakan.

Radio Awam Israel sebelum ini melaporkan bahawa krew teknikal AS baru-baru ini memeriksa tapak di mana kedutaan AS itu akan dibina di Baitulmaqdis.
Israel menegaskan bahawa keseluruhan bandar Baitulmaqdis adalah ibu negeri kekal negaranya, sementara Palestin menegaskan mereka mahukan bahagian timur bandar suci itu, yang ditawan pada 1967, sebagai ibu negeri negara merdeka Palestin. – Xinhua
































