Pemindahan sementara perkhidmatan fisioterapi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Berikutan kerja-kerja pemeliharaan yang dijalankan pada masa ini, Perkhidmatan Fisioterapi akan ditutup sementara, bermula 4 Jun sehingga 9 Jun ini.

Perkhidmatan itu akan berpindah sementara ke Wad 4, Aras Bawah, Kompleks Wad, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan akan mula beroperasi pada 10 Jun. Tarikh pemindahan balik ke lokasi asal akan diumumkan kemudian setelah kerja-kerja pemeliharaan selesai dilaksanakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, pihak pengurusan Hospital RIPAS memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.