Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemindahan warga Syria disambung semula

    RASHIDIN, Syria, 19 April – Pemindahan orang awam dan pejuang dari bandar Syria yang dikepung diteruskan hari ini selepas pengeboman hujung minggu di satu tempat transit membunuh 126 orang, 68 di antara mereka kanak-kanak, lapor seorang wartawan AFP.

    Berpuluh bas dari bandar yang dikawal oleh kerajaan Fuaa dan Kafraya, yang telah dikepung lebih daripada dua tahun, sampai di tempat transit Rashidin di luar bandar kedua yang dikawal oleh kerajaan Aleppo, kata wartawan.

    Badan Pemantau Hak Asasi Manusia mengesahkan perjanjian pemindahan telah dilaksanakan.

    “Proses telah diteruskan dengan 3,000 orang meninggalkan Fuaa dan Kafraya pada awal pagi dan hampir 300 orang meninggalkan Zabadani dan kawasan lain yang dikawal oleh pemberontak,” beritahu ketua kumpulan pengawasan yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman, kepada AFP.

    Rashidin merupakan tempat berlakunya pengeboman pada Sabtu. Sekurang-kurangnya 109 daripada mangsa terbunuh adalah orang yang dipindahkan. Yang lain adalah pekerja bantuan dan pemberontak yang mengawal konvoi. – AFP

    Penduduk Syria daripada Waer, sebuah daerah yang dikuasai pemberontak Homs bandar ketiga Syria, tiba di kota al-Bab di wilayah Aleppo utara pada 18 April, 2017. Pemindahan orang awam dan pejuang dari bandar Syria yang dikepung diteruskan hari ini selepas pengeboman hujung minggu – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda