BEIRUT, 17 April – Pemindahan lebih 3,000 rakyat Syria yang dijadualkan mengambil tempat semalam dari empat kawasan sebagai sebahagian dari pemindahan penduduk telah ditangguhkan, menurut para aktivis pembangkang, sehari selepas kejadian letupan yang membunuh lebih 120 orang, kebanyakan mereka para penyokong kerajaan.
Alasan penangguhan itu tidak segera diketahui. Ia berlaku apabila bedilan-bedilan yang dilepaskan oleh kumpulan Islamic State (IS) ke atas bahagian-bahagian bandar timur Deir el-Zour yang dikuasai kerajaan yang mencederakan dua anggota delegasi media Rusia yang sedang melawat kawasan itu, menurut agensi berita kerajaan Syria, SANA.
Rusia adalah penyokong utama Presiden Syria Bashar Asaad dan para wartawan Rusia mendapat kemudahan luas di bahagian-bahagian negara itu yang dikuasai kerajaan.
Perkhidmatan berita tentera Rusia, Anna-News yang menggaji para wartawan berkata salah seorang tercedera di bahagian tangan manakala seorang lagi cedera pada kaki dan perutnya. Perkhidmatan berita itu melaporkan kedua-dua mereka itu telah dipindahkan dengan menambah kata keadaan mereka adalah ‘memuaskan.’

PBB tidak mengawasi urusan pemindahan itu yang melibatkan para penduduk kampung Foua dan Kfarya yang pro kerajaan dan bandar-bandar yang dikuasai pihak pembangkang, Madaya dan Zabadani.
Keempat-empat kawasan itu dikepung selama bertahun-tahun. nasib mereka berkait melalui siri-siri perjanjian antara satu sama lain yang menurut PBB telah menghalang penghantaran bantuan.
Rami Abdurrahman, yang mengetuai Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan yang beribu pejabat di Britain dan Al-Manar TV, Hezbollah sebelumnya mengatakan bahawa 3,000 orang akan dipindahkan dari Foua dan Kfarya, manakala 200, majoriti besar mereka adalah para pejuang akan dipindahkan dari Zabadani dan Madaya.
Abdurrahman dan aktivis pembangkang Hussaim Mahmoud yang berasal dari Madaya berkata pemindahan itu telah ditunda. Abdurrahman berkata tidak ada kebenaran diberikan untuk pemindahan itu diteruskan manakala Mahmoud berkata ia ditunda kerana ‘alasan logistik’. – AP