Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pemohon boleh dapatkan borang SBPP 2023/2024

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Permohonan bagi Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi sesi akademik 2023/2024 mula dibukakan hari ini hingga 2 Mac depan.

    Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa pemohon yang berminat dikehendaki untuk memohon sekurang-kurangnya satu program yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dalam negara melalui Sistem Kemasukan Berpusat Pengajian Tinggi (HECAS).

    Pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan borang permohonan melalui e-mel, sbpp@moe.gov.bn di samping menghadapkan dokumen yang berkaitan termasuk borang permohonan SBPP dan HECAS ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kaunter 3, Pusat Perkhidmatan Setempat, Blok C, Aras Bawah, Kementerian Pendidikan sebelum atau tidak lewat tarikh tutup permohonan SBPP.

    Permohonan hanya akan ditawarkan sekali setahun sahaja dan pemohon yang belum memperoleh keputusan rasmi dikehendaki untuk menghadapkan keputusan ramalan yang dikeluarkan oleh sekolah atau institusi masing-masing.

    Walau bagaimanapun, keputusan permohonan SBPP adalah tertakluk kepada keputusan rasmi yang akan diperoleh nanti.

    Selepas pengumuman keputusan permohonan SBPP, pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kelayakan boleh menghadapkan surat rayuan kepada Jabatan Pengurusan Biasiswa untuk dipertimbangkan.

    Walau bagaimanapun, pemohon diberi masa tiga hari waktu bekerja sahaja untuk menghadapkan surat rayuan berkenaan.

    Borang permohonan berserta terma dan syarat SBPP boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn. Pemohon boleh merujuk kepada dokumen garis panduan bagi prosedur permohonan.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang atau e-mel kepada sbpp@moe.gov.bn/ scholarship@moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...