Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Pemuda Afrika cipta kejayaan di China

HEFEI – Pada musim panas 2008, Devincy Debongo, dari Republik Afrika Tengah yang baru menamatkan sekolah menengah, sedang memikirkan pilihannya untuk melanjutkan pengajian sarjana muda di universiti.

Dia berada dalam keadaan dilema, tidak pasti sama ada untuk memilih Zambia atau Kanada, sehinggalah dia bertemu dengan sepupunya yang baru pulang dari lawatan perniagaan ke China.

Ini adalah kali pertama Debongo mendengar secara langsung tentang China, detik yang akan mengubah masa depan hidupnya.

Sepupunya mencadangkan dia pergi ke China kerana negara itu sedang membangun dengan pesat dan dia akan mempunyai banyak peluang.

Mengikut nasihat sepupunya, Debongo yang fasih berbahasa Inggeris dan Perancis mendaftarkan dirinya di Universiti Jiamusi di Heilongjiang, wilayah timur laut China, sekali gus memulakan perjalanannya ke China.

Devincy Debongo (kanan) berbincang dengan pelajar antarabangsa di Universiti Teknologi Hefei (HUT) di Hefei, wilayah timur China Anhui. – Xinhua

Pemuda itu memanfaatkan sebahagian besar peluang belajar di China. Rekod akademiknya yang cemerlang membantunya memenangi beberapa biasiswa daripada kerajaan China, dan dia akhirnya lulus dengan ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dan kemudiannya memperoleh ijazah sarjana dalam undang-undang.

Secara kebetulan, Debongo juga bertemu dengan teman wanitanya di sekolah itu dan mereka berkahwin pada 2016. Setahun kemudian, beliau diterima masuk ke Universiti Teknologi Hefei (HUT) di timur Wilayah Anhui untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan.

Sebagai pemastautin lama di China, Debongo suka berkongsi pengalamannya dengan pelajar antarabangsa lain yang baharu di negara itu. Dia juga telah mengembangkan kecekapan dalam bahasa Cina selama ini, dan kemahiran tiga bahasanya iaitu Cina, Inggeris dan Perancis menjadikannya penyelaras pelajar antarabangsa yang cemerlang.

Apabila wabak COVID melanda China pada 2020, Debongo membantu membeli keperluan harian untuk pelajar antarabangsa di kampus, kata Hu Mengjie, timbalan dekan Kolej Pendidikan Antarabangsa HUT.

Debongo percaya menjadi satu tanggungjawab baginya untuk membantu rakan sekolahnya, dan ia juga memberinya peluang untuk mengukuhkan kemahiran pengurusan dan penyelarasannya.

Tahun lalu, beliau diambil sebagai pembantu pejabat pelajar antarabangsa, membantu pelajar asing dengan pelajaran bahasa Cina, menyediakan konsultasi psikologi dan membantu pelajar dengan sistem maklumat sekolah. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -