Pemuda AS saman psikik percintaan

LOS ANGELES, 6 OKT – Seorang lelaki AS menuntut saman seorang psikik yang mengatakan dia dapat menghapuskan nasib malang dalam rumah tangganya yang telah disihir oleh seorang tukang sihir yang diupah oleh bekas kekasihnya.

Mauro Restrepo menyatakan psikik tersebut telah berjanji kepadanya yang dia akan bahagia semula jika membayar AS$5,100 untuk mengusir sihir tersebut.

Namun setelah membayar wang pendahuluan yang besar, dia tidak melihat sebarang perubahan dalam nasibnya, menurut mahkamah. Sekarang, dia menuntut saman peramal tersebut atas penipuan dan meminta AS$25,000 sebagai ganti rugi.

Restrepo menyatakan dia mencari Sophia Adams, yang dikenali sebagai ‘Pakar Psikik Percintaan’, untuk membantu memperbaiki rumah tangganya.

“Nasib malang ini, menurut Adams, dihantar kepada Restrepo oleh tukang sihir yang diupah oleh bekas kekasihnya,” menurut Mahkamah Los Angeles. – AFP