Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pemuda Gaza kumpul dana bina semula stadium

    GAZA – Mohammed Ghannam, seorang pemuda Palestin dari kem pelarian di tengah Semenanjung Gaza, akhirnya menarik nafas lega apabila mengetahui stadium bola sepak yang dikendalikannya akan dipulihkan selepas musnah akibat serangan udara Israel.

    Stadium itu rosak bersama harta benda lain berhampiran tapak tentera Hamas yang memerintah Gaza, selepas serangan udara Israel.

    “Tanpa sebarang notis awal, saya kehilangan tapak permainan bola sepak yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan untuk memastikan keluarga saya terus bertahan di tengah-tengah keadaan hidup yang sukar sekarang,” kata lelaki berusia 35 tahun itu kepada Xinhua.

    Ghannam berkata dia menyewa stadium bola sepak dari majlis perbandaran tempatan tiga tahun lalu untuk menganjurkan latihan pemain bola sepak dan kanak-kanak yang suka bermain permainan popular ini. Dia hampir memperoleh AS$20 sehari untuk menyara keluarganya.

    “Saya hampir berjaya menyimpan sedikit wang untuk berkahwin, serangan Israel menghancurkan semua impian saya,” keluhnya.

    Kelihatan Mohammed Ghannam menunjukkan aksi bermain bola sepak. – Xinhua
    Mohammed Ghannam ketika ditemui di stadium bola sepaknya di tengah Semenanjung Gaza. – Xinhua

    Tetapi dengan cepat rakan-rakannya menghulurkan bantuan kepadanya.

    Diana al-Maghraby, salah seorang rakan Ghannam, memutuskan untuk memulakan kempen amal dalam talian untuk mengumpul dana bagi membina semula stadium.

    “Di bawah hashtag Break Our Weakness untuk memberitahu orang seperti Ghannam bahawa mereka tidak bersendirian dan kami akan bekerjasama untuk membantu mereka memulihkan kehidupan mereka,” kata al-Maghraby.

    Serta merta, beribu-ribu mesej dalam talian daripada warga Gaza telah disiarkan untuk menyatakan solidariti mereka dengan Ghannam, manakala ramai daripada mereka turut menderma wang.

    Kempen itu malah menarik perhatian pihak berkuasa tempatan, dengan pegawai berjanji untuk mula membina semula stadium dalam beberapa hari akan datang.

    Mohammed Salama, seorang lagi penganjur kempen itu, memberitahu Xinhua bahawa serangan Israel yang kerap telah melucutkan ramai penduduk Gaza daripada satu-satunya sumber mata pencarian mereka. Mereka semua menghadapi kesukaran untuk membina semula rumah atau kemudahan yang musnah.

    “Saya berharap kempen itu akan dapat menyampaikan suara mereka di peringkat tempatan dan global untuk membantu dan memberikan sokongan sehingga mereka bangkit semula,” kata Salama.

    Beribu-ribu kemudahan kediaman dan komersial telah musnah dalam serbuan udara besar-besaran yang dilancarkan oleh Israel terhadap wilayah Palestin yang dikepung sejak 2007, menyebabkan lebih 2.3 juta penduduk di sana menjadi miskin.

    Kementerian Kerja Raya dan Perumahan yang dikendalikan Hamas menganggarkan kos membina semula keseluruhan harta benda yang rosak di Semenanjung Gaza berjumlah AS$4 bilion.

    Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kesan sekatan ketat Israel dan kekurangan dana, proses pembinaan semula di Semenanjung Gaza telah menjadi sangat perlahan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...