Pemuda jadi wira bantu biawak

KUALA LUMPUR, 26 MEI – Tidak dinafikan apabila terserempak dengan biawak, ramai akan lari ketakutan, namun seorang lelaki sanggup memberanikan dirinya mendekati reptilia itu demi menyelamatkannya.

Dalam sebuah video yang ditularkan di media sosial sejak malam tadi kelihatan seorang lelaki berpakaian lengkap baju Melayu berwarna merah jambu membantu seekor biawak yang kepalanya tersangkut dalam tin.

Perasaan simpati jelas mengatasi ketakutan yang dirasai, membolehkan pemuda itu cuba meloloskan kepala biawak itu daripada terus terperangkap dalam tin. Setelah beberapa kali, cubaannya berjaya.

Bagaimanapun, lokasi, masa kejadian dan identiti pemuda itu tidak diperoleh. – Bernama