BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Seorang lelaki berusia 27 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian yang berlaku di kawasan Jalan Junjungan, Kampung Lumapas, kelmarin.
Pemangku Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Hamidon bin Haji Ibrahim memberitahu, Balai Polis Limau Manis telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 4:51 petang dan kejadian berlaku di kawasan jalan Junjungan hala ke Bandar Seri Begawan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)