Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemugut pilih kereta mewah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2000 – Pemilik kenderaan di dua kawasan sekitar ibu negara terperanjat mendapati kenderaan mereka dicalar dan disembur dengan cat hitam yang disedari awal pagi.

    Mereka kebingungan kerana daripada 15 kenderaan yang dilaporkan dipugut, sebahagiannya kenderaan mewah hanya satu dipecahkan cermin, manakala yang lainnya disembur dengan cat hitam dan dicalarkan dengan perkataan lucah. Cerminnya pula dipercayai dicalarkan menggunakan batu.

    Tujuh kereta mewah di kawasan perumahan Anggerik Desa dipugut menggunakan cat dengan perkataan lucah. Pemugut yang dipercayai datang ke kawasan dengan berkereta turut mencalarkan badan kereta. Salah seorang pemilik kereta berkenaan yang menghubungi Media Permata berkata, jirannya yang juga mengalami nasib serupa mendengar bunyi kereta yang menggunakan “ekzos sport” memasuki kawasan perumahan itu kira-kira pukul 2:30 pagi.

    Bagaimanapun, jirannya tidak pula menyangka kawasan perumahan itu yang terletak betul-betul berhadapan sebuah hotel yang lengkap dengan pengawal keselamatan dicerobohi.

    “Ini bukan pertama kali kereta di kawasan perumahan ini menjadi sasaran kerana beberapa tahun lalu kejadian memecah kereta dan mencuri peralatan kerap berlaku di sini,” katanya yang sudah mendiami kawasan perumahan itu hampir 16 tahun. Akibat kecewa dengan kejadian pecah kereta itu yang memusnahkan cermin belakang dan alat stereo dan bahagian dalaman sebuah lagi kereta mewahnya, beliau yang putus asa membiarkan saja kereta tanpa membaikinya. “Dulu sekeliling kawasan perumahan ini ada pagar yang dapat mengurangkan perbuatan jahat itu, tetapi sekarang ini yang tinggal hanya pintunya,” katanya yang tidak mahu namanya disiarkan sambil meminta pihak berkuasa mengambil langkah segera menangani masalah itu.

    Dalam kejadian lain, lapan kereta di kawasan letak kereta Jabatan Penerbangan Awam di Berakas juga mengalami kerosakan teruk akibat perbuatan pemugut.

    Salah seorang pemilik kereta paling teruk dipugut dan hanya menyedarinya kira-kira pukul 8 malam, tergamam melihat keretanya yang disembur cat dengan kata-kata lucah sementara cermin keretanya dipecahkan dan bahagian belakangnya remuk.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda