Pemulihan Aleppo lama berdepan cabaran

ALEPPO – Kemusnahan besar di pasar purba di bandar Aleppo memberikan rasa putus asa dan penderitaan kepada penduduk lain.

Tetapi bagi penduduk Aleppo, hari-hari kesengsaraan perlu dilupakan kerana mereka perlu bekerja keras dan mula memperbaiki kerosakan dan cuba bangkit semula.

Kemusnahan di bahagian timur Aleppo, utara Syria sangat besar malah kemusnahan dan kesengsaraan di kawasan ini bertambah teruk disebabkan sekatan di kawasan barat Syria di mana tidak menggalakkan penduduk tempatan dari membina semula kediaman dengan menggunakan tulang empat kerat mereka sendiri.

Beberapa buah pasar dan dataran di timur Aleppo sedang dalam proses pemulihan kecil sejak bandar itu dikembalikan sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan pada akhir tahun 2016. Hampir kesemua jalan di bandar lama telah dibuka semula dan dibersihkan. Kerosakan di bangunan masih jelas dan memberikan rasa gementar apabila seseorang membayangkan apa yang pernah berlaku di sana.

Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kemusnahan, kehidupan baharu muncul semula seperti daun hijau yang tumbuh daripada tumbuhan yang mati atau oasis hijau di tengah-tengah padang pasir. Pada bulan Disember 2018, Xinhua berada di Damsyik bagi melawat kawasan Al-Saqatiyak Souk, sebuah pasar Aleppo yang sudah berusia berabad-abad dan merupakan sebahagian daripada kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kawasan Al-Saqatiyak Souk, sebuah pasar Aleppo yang sudah berusia berabad-abad dan merupakan sebahagian daripada kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO. – Xinhua
Di pasar ini, kerja pemulihan dijalankan atas bantuan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). – Xinhua

Ketika itu, pekerja dan penduduk cuba membersihkan sisa runtuhan disebabkan oleh peperangan, memanjat bumbung tembok untuk memperbaiki sisa-sisa runtuhan.

Jurutera kemudian berkata bahawa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan bagi membina semula kawasan pasar ini. Pasar ini dibuka semula selepas sahaja selesai pemulihan pada bulan Oktober nanti.

Wartawan Xinhua berpeluang melawat pasar tersebut baru-baru ini dan melihat dinding dan lantai berbatu yang berdebu, lantai yang berbatu menjadi tempat yang glamor dan menarik di mana menggambarkan campuran seni bina lama dan sedikit sebanyak mencerminkan kesegaran sebuah pasar baharu.

Di dalam pasar tersebut, pemilik kedai menyambung semula perniagaan mereka selepas lapan tahun ditutup akibat peperangan dan kehadiran para pemberontak di kawasan tersebut. Marwan Gothi, 70 telah bekerja di kedainya sejak tahun 1967 lagi sebelum dia meninggalkannya ketika perang meletus di Syria.

Sekarang, dia sudah kembali ke kedainya dan menjual buah-buahan kering dan kekacang, berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa kawasan pasar ini akan bertambah baik dan cerah untuk Aleppo.

Manakala jirannya, Ahmad Karazeh, menjual barang yang sama berkata bahawa dia turut mempercayai bahawa perniagaan di Al-Saqatiyah akan menjadi lebih baik apabila kawasan sekitarnya dapat dipulihkan dengan segera.

Al-Saqatiyah merupakan salah satu daripada beberapa buah pasar yang telah diperbaiki di Aleppo lama akan tetapi ia bukanlah yang terakhir. Ketika ini, kerja pemulihan juga sedang giat dijalankan di Khabiya Souk, yang juga terletak di pasar lama Aleppo.

Wartawan Xinhua turut dibawa ke tapak ini beberapa kali dan ia hampir kosong malah hanya terdapat dua sahaja kedai beroperasi iaitu kedai roti dan kedai jahit sebelum ini. Sekarang, pekerja pembinaan berada di seluruh tempat, ada yang berdiri di atas perancah, sementara yang lain meletakkan batu-batu di atas satu dengan yang lain.

Di pasar ini, kerja pemulihan dijalankan atas bantuan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), yang merupakan salah satu daripada banyak organisasi lain yang berminat dalam pemulihan Aleppo lama.

Amer Qawaf, pengurus projek di UNDP berkata bahawa mereka menjalankan proses pemulihan di pasar ini dengan memulihkan batu kepada bentuk asal dan menunjukkan ciri arkeologi asli kerana ia merupakan pasar atau souk purba yang lama.

Jurutera Syria, Basel Al-Zaher berkata bahawa proses pemulihan sukar kerana ia memerlukan banyak kajian bagi memulihkan kawasan purba ini kepada bentuk asalnya.

Dia turut berkata bahawa banyak syarikat dan organisasi berminat untuk melabur dalam pembinaan semula Aleppo lama, dengan menyatakan bahawa terdapat masalah dalam membiayai projek pemulihan akibat sekatan barat di Syria. “Situasi menjadi sukar untuk membina semula seluruh Aleppo lama jika sekatan terus berlaku,” tambahnya kepada media. – Xinhua