Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pemulihan ekonomi akan stabil tahun ini

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Kadar pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik (APAC) akan stabil pada 2022, menyokong normalisasi keadaan kredit yang luas dalam pelbagai sektor.

    Bagaimanapun, risiko daripada pandemik dan trend sekular lain akan kekal, menurut laporan baharu oleh Moody’s Investors Service.

    “Pemulihan secara berperingkat kepada paras pengeluaran sebelum pandemik di APAC akan mencerminkan pembukaan semula ekonomi, disokong oleh peningkatan kadar vaksinasi, sokongan monetari atau fiskal berterusan yang hanya akan berkurang secara berperingkat dan permintaan luaran teguh didorong oleh perbelanjaan isi rumah, penambahan inventori dan pertumbuhan perbelanjaan modal global,” kata Penolong Naib Presiden dan Penganalisis Moody’s, Nishad Majmudar dalam kenyataan.

    Nishad berkata perkembangan di Amerika Syarikat (AS) (Aaa stabil) dan China (A1 stabil) turut menjadi pemacu kredit yang penting.

    “Kadar normalisasi dasar monetari yang lebih cepat di AS akan memberi impak negatif kepada penerbit yang bergantung kepada pembiayaan dolar dan mendorong turun naik aliran modal.

    “Di China, sebarang kesilapan dasar dalam usaha negara membendung impak daripada kemerosotan sektor hartanahnya dan menangani ketidaksamaan sosial dan pendapatan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonominya, dengan implikasi kepada ekonomi di rantau ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...