BEIJING – Seekor anak rusa yang baru lahir kelihatan berjalan tidak seimbang melalui pokok-pokok yang mana pada satu masa ketika dahulu kawasan tersebut adalah medan pemburuan bagi maharaja-maharaja Cina, iaitu lebih daripada satu abad sebelum nenek moyang mereka meninggal dunia di kawasan asli jati China.
Pada bulan April yang lalu adalah merupakan pemulaan musim kelahiran bagi Rusa Milu, di mana kepalanya seolah-olah seperti kuda, tapak kaki seperti lembu, ekornya seperti keldai dan tanduknya seperti seekor rusa. Apabila sekumpulan rusa itu semakin membiak di seluruh China pada setiap musim bunga, ia menandakan satu kejayaan dalam usaha untuk melindunginya daripada cuaca buruk di sana seperti pencemaran dan cabaran-cabaran alam sekitar yang lainnya.
“Usaha untuk melindungi Milu ini adalah untuk menyelamatkan kehidupan warisan budaya kami dan juga warisan semula jadinya,” kata Guo Geng, naib pengarah Beijing Milu Ecological Research Center, di mana mereka menjangkakan kira-kira 30 ekor anak rusa tahun ini. Dikenali sebagai Pere David’s Deer di Barat, kepentingan Milu ini dalam budaya masyarakat Cina telah termaktub dalam puisi-puisi dan tulisan-tulisan purba Cina.
“Tetapi jika di luar buku, ia semakin pupus, dan generasi akan datang akan merasa sangat menyesal,” kata Guo.
Kini, terdapat kira-kira 5,500 ekor Rusa Milu di China, di mana sebanyak 600 ekor hidup di hutan liar Hubei dan wilayah Hunan sepanjang Sunagi Tangtze. Bagaimana spesies ini masih terselamat daripada kepupusan adalah dari kisah-kisah dongeng silamnya dan penglibatan seorang mubaligh daripada Perancis, dan seorang bangsa Inggeris Duke dan seorang zoolagi kelahiran Amerika-Slovak.


di pusat itu di Beijing. – AP
Rusa ini yang telah menjelajah di tanah paya China untuk beribu-ribu tahun lamanya, dan ia adalah antara binatang yang dibawa dari seluruh China bagi pemburuan maharaja-maharaja yang mana pada masa ini dikenali sebagai selatan Beijing semasa dinasti Yuan, Ming dan Qing. Kurangnya bilangan Rusa Milu ini di kawasan hutan liar adalah oleh kerana kepupusan spesies itu, dan ia semakin berkurangan pada tahun 1900 bagi tujuan pemburuan, di mana kedatangan tentera-tentera dari lapan buah negara yeng menyembelih rusa untuk makanan, meningkatkan lagi penurunan jumlah tersebut.
Kemunculan pertama spesies itu adalah beberapa dekad lebih awal pada tahun 1865, apabila mubaligh Perancis, Armand David, memperkenalkan spesies itu ke Barat, membolehkan ianya dapat dilihat di zoo-zoo Eropah. Kemudian, pada tahun yang sama, Rusa Milu terakhir telah mati di China, 11th Duke of Bedford, seorang ahli politik Inggeris telah menunjukkan minat dalam bidang zoologi dan pemuliharaan, dan mengambil perhatian terhadap masalah itu. Beliau juga telah mengumpulkan 18 orang di estet beliau di England bagi mewujudkan pemuliharaan spesies itu di dunia.



Manakala pada tahun 1980an, seorang zoologi kelahiran Amerika-Slovak, Maria Boyd, juga telah menunjukkan minat terhadap spesies Rusa Milu. Mendiang suami Boyd juga mempunyai rakan yang mempunyai keutamaan terhadap sumber-sumber utama itu: 14th Duke of Bedford, atau nenek moyangnya yang telah menyelamatkan anak rusa itu. Pada tahun 1985, Duke menugaskan Boyd dengan memperkenalkan semula 37 ekor rusa ke China, dan beliau memilih tempat di mana mereka tinggal di sana.
Mendiang Boyd menulis satu akaun yang mendokumentasikan pengenalan semula itu, dan melukis dalam satu dokumen yang tersimpan di dalam lima beg pakaian selama bertahun-tahun lamanya, termasuk invois 9,290 British pound sterling dari Air France bagi penerbangan itu yang telah menghantar kumpulan pertama daripada 22 ekor rusa. Rakan beliau yang masih hidup telah menulis semula buku itu dan dijangka akan dipamerkan di China pada musim panas ini.
Boyd pada mulanya merancang untuk tinggal di China sehingga projek pengenalan semula itu selesai, namun beliau telah mati akibat kanser pada tahun lepas semasa usia beliau 72 tahun.
“Dia tidak akan membiarkan rusa itu pupus begitu sahaja,” kata rakan kongsi beliau, Dominic Bacquis, dari Perancis.
Memandangkan cintanya terhadap Rusa Milu dan ‘kisah indahnya’ untuk kekal terus berjuang hidup melangkaui segala kemungkinan, Boyd menjangka spesies rusa itu akan menjadi maskot bagi Sukan Olimpik Musim Panas 2008, kata Bacquis. Namun ia tewas pada haiwan lainnya. Apabila beliau mati, Boyd berharap agar Rusa Milu akan dapat menjadi maskot bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. – AP