Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pemutihan tanah mudahkan perancangan infrastruktur sekolah

    BELURAN, 17 JULAI – Kementerian Pendidikan (KPM) serius melaksanakan proses “pemutihan” atau memindah milik tanah sekolah daripada kerajaan negeri kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)  bagi memudahkan perancangan masa depan infrastruktur sekolah terlibat.

    Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata antara faktor utama yang menyebabkan usaha menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan.

    “Ada tanah sekolah di mana tapak sekolah kita ini masih belum dimiliki oleh JKPTG. Jadi, urusan pembinaan baharu bagi menggantikan bangunan yang daif tidak dapat dilaksanakan. Kami melakukannya dengan serius, berbincang dengan pihak kerajaan negeri supaya pemutihan ini dapat dilaksanakan dengan cepat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...