Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC

    ALOR SETAR, 5 OKT – Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat menjadi faktor Kedah Darul Aman (KDA) FC gagal meraih mata dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

    Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak menganggap sepakan penalti ‘kontroversi’ diperoleh JDT dan disempurnakan Leandro Velazquez pada minit ke-59 telah melemahkan moral pemain dan corak permainan KDA FC terutama di babak kedua perlawanan.

    “Separuh masa pertama kami bermain seperti dirancang tapi penalti di separuh masa kedua permainan telah mengubah keseluruhan permainan kerana ia telah melemahkan moral pasukan.

    “Sepakan penalti itu sama ada betul atau tidak saya tak mahu komen, tapi ia memberi kesan kepada pasukan yang sedang bertembung dengan pasukan kuat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi yang menyaksikan KDA FC tewas 1-3 kepada JDT.

    Walau bagaimanapun, pengendali KDA itu mahu semua pemainnya untuk tidak berputus asa atau menyalahkan mana-mana pihak dan terus berusaha memperbaiki kelemahan untuk berhadapan beberapa lagi baki perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini. – Bernama

    Reaksi pemain JDT, Leandro Sebastian Velazquez meraikan gol ketika menentang KDA pada perlawanan Liga Super Malaysia, baru-baru ini.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...