Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penalti Pjanic selamatkan Juve

    MILAN, 12 Jan – Penalti di penghujung perlawanan daripada Miralem Pjanic menyaksikan Juventus berjaya melepasi perlawanan sukar aksi suku akhir Piala Itali selepas menang 3-2 ke atas Atalanta yang bersemangat tinggi.

    Atalanta membuat kunjungan ke Turin dilihat mahu mengecewakan pendahulu Liga Serie A itu selepas menikmati musim terbaik mereka di bawah kendalian Gianpiero Gasperini, yang membawa skuadnya 10 mata di belakang Juve dalam liga.

    Tetapi Juve sangat klinikal di separuh masa pertama yang menyaksikan Paulo Dybala menewaskan Etrit Berisha dengan rembatan menarik di minit ke-22. Mario Mandzukic kemudian menggandakan pendahuluan Juve 12 minit kemudian.

    Mark Pjaca yang baru sembuh sepenuhnya daripada kecederaan, menggantikan Dybala selepas sejam perlawanan namun pasukan tuan rumah mengharungi setengah jam terakhir dengan penuuh debaran.

    Penyerang Juventus, Paulo Dybala (kiri) cuba melepaskan diri daripada terjahan pemain Atalanta, Andrea Masiello dalam aksi Piala Itali di Stadium Turin. – AP
    Penyerang Juventus, Paulo Dybala (kiri) cuba melepaskan diri daripada terjahan pemain Atalanta, Andrea Masiello dalam aksi Piala Itali di Stadium Turin. – AP

    Abdoulay Konko menjadikan 2-1 di minit ke-72 apabila menewaskan penjaga gol Juve, Norberto Neto dengan rembatan ke sudut atas gawang.

    Meskipun Pjanic menyudahkan sepakan penalti tiga minit kemudian, debaran perlawanan masih belum berakhir.

    Emmanuel Latte Lath, pemain dari Ivory Coast yang berusia 18 tahun, melepasi Lichtsteiner bagi menerima hantaran rendah Rafael di minit ke-81 bagi menjadikan jaringan 3-2.

    Atalanta nyaris mengheret perlawanan ke masa tambahan tetapi sepakan melencong Andrea Petagna berjaya diselamatkan oleh Neto. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda