Jaringan Son selamatkan Spurs buru piala FA

LONDON, 6 FEB – Jaringan penalti lewat Son Heung-min menjamin untuk membawa pasukannya Tottenham mara ke pusingan seterusnya dalam Piala FA, Spurs menang 3-2 ke atas Southampton dalam pusingan keempat pada perlawanan semalam.

Son telah diberikan hadiah sepakan penalti meskipun terjatuh dengan sentuhan yang sedikit dari penjaga gol Southampton Angus Gunn, dan mengubah kedudukan jaringan pada minit ke-87.

Tottenham akan menjadi tuan rumah kelab Liga Perdana Inggeris menentang Norwich pusingan kelima pada bulan Mac.

Tottenham mendahului namun kecuaian tidak sengaja selepas jaringan sendiri daripada Tanguy Ndombele bola masuk ke gawang sendiri menerusi pemain Southampton, Jack Stephens pada minit ke-12.

Percubaan Danny Ings hanya sekadar terkena palang untuk Southampton sebelum pelawat berjaya mengatasi kedudukan di minit ke-34.

Aksi Son Heung-min bersaing dengan penjaga gol Southampton, Angus Gunn di perlawanan pusingan keempat Piala FA di Stadium Tottenham Hotspur di London, Rabu, 5 Februari 2020. Son menjaringkan gol kemenangan 3-2 untuk Tottenham. – AP

Nathan Redmond menjumpai ruang di kawasan penalti Spurs namun gagal menemui jaringan selepas penjaga gawang Hugo Lloris menyelamatkan percubaan itu.

Southampton berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-72 menerusi rembatan hebat oleh Redmond.

Redmond melepaskan dua pemain pertahanan Tottenham sebelum mendekati gawang untuk mendahului perlawanan dan mengalahkan tuan rumah.

Dia membuat hantaran masuk kepada Ings, yang melepasi Japhet Tanganga dan bola berjaya menerobos gawang Spurs melalui Redmond.

Namun Southampton bertahan hanya lima minit, akibat serangan Lucas Moura yang membawa kepada jarngan penyamaan.

Pemain Brazil itu melonjak ke arah bahagian penalti, melakukan percubaan dari hantaran Dele Alli dan melepaskan tendangan dan bola berjaya lolos masuk ke sudut bawah gawang. – AP