Saturday, February 4, 2023
23.7 C
Brunei

-

Penalti: United tewaskan Real

SANTA CLARA, 24 Julai – Jose Mourinho mencabar Anthony Martial untuk menghasilkan permainan yang lebih konsisten selepas penyerang Manchester United itu menjadi tumpuan ketika menentang Real Madrid.

Martial mempamerkan larian sangat menarik bagi memberikan umpanan gol bagi jaringan pembukaan Lingard dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1 dengan Real dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Santa Clara, California, meskipun pemain antarabangsa Perancis itu menyaksikan sepakan penaltinya melambung tinggi dalam penentuan sepakan penalti.

Pemain berusia 21 tahun itu beraksi cemerlang dalam kempen pertamanya di Old Trafford di bawah kendalian Louis van Gaal dua tahun lalu, namun musim lepas di bawah kendalian Mourinho, timbul spekulasi bahawa dia mungkin pergi musim panas ini.

Tetapi selepas Martial kelihatannya kembali kepada prestasi terbaiknya, Mourinho mengakui bahawa bakat bukanlah isu bagi penyerang United itu.

“Jelasnya, kami mahu lebih konsistensi dalam bakatnya,” kata Mourinho.

Pemain pertahanan United, Eric Bailly (3) cuba mengeluarkan bola di depan Sergio Romero (20) sambil disaksikan oleh pemain sayap Real, Gareth Bale (11) dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Santa Clara. – AFP
Pemain pertahanan United, Eric Bailly (3) cuba mengeluarkan bola di depan Sergio Romero (20) sambil disaksikan oleh pemain sayap Real, Gareth Bale (11) dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Santa Clara. – AFP
Martial (kanan) cuba melawan asakan pemain Real Madrid, Hamiki Achraf. – AFP
Martial (kanan) cuba melawan asakan pemain Real Madrid, Hamiki Achraf. – AFP

“Saya fikir hari ini adalah positif untuknya. Sebab itu saya membiarkannya beraksi selama 90 minit di atas padang. Dia menikmatinya, cuba melakukan sesuatu dan ia adalah penting dalam perlawanan persahabatan seperti ini untuk mencuba sesuatu, seperti yang telah dilakukannya.

“Ia bagus untuk keyakinannya.”

Di separuh masa pertama, kelincahan Martial telah menyebabkan Daniel Carvajal dan Luka Modric terkaku, sebelum membuat hantaran ke tengah yang menemui Lingard bagi jaringan pembukaan.

Ia hanyalah satu ganjaran bagi Lingard selepas dia menjadi pemain terbaik di atas padang di separuh masa pertama, hanya menyaksikan aksi menyelamat Keylor Navas menafikan rembatan kencang Lingard di minit ketujuh.

Dalam perlawanan pra musim pertama, Real difahami agak perlahanan dalam separuh masa pertama, tetapi mereka meningkat dengan banyak selepas Zinedine Zidane membuat 11 pertukaran di separuh masa dan memperkenalkan barisan pemain muda.

Mereka berjaya menyamakan kedudukan apabila Victor Lidelof menjatuhkan pemain baru musim panas, Theo Hernandez di dalam petak dan penalti itu disudahi oleh Casemiro.

Zidane berkata bahwa dia ‘berpuas hati’ dengan persembahan pasukannya, terutamanya prospek besar kelab.

Tetapi ketika ditanga mengenai skuadnya dan sama ada dia ketika ini mencar-cari pengganti bagi Alvaro Morata, Zidane agak berhati-hati menjawab agar tidak terjerumus dengan mana-mana spekulasi perpindahan.

“Saya sudah berbincang dengan presiden, tetapi kami mempunyai 28 orang pemain dan saya gembira,” kata bos Real.

“Kita lihat sahaja nanti. Kami mempunyai masa sehingga 31 Ogos, tetapi saya belum meminta mana-mana pemain.

United menang 2-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas berakhirnya perlawanan sebenar, tetapi satu kecederaan ke atas Ander Herrera telah menggangu minda Mourinho.

Pemain gantian separuh masa itu hanya berada di padang selama tujuh minit dan dia terpaksa dibawa keluar denga kecederaa pinggul.

“Dia memilih untuk keluar, ia mungkin sangat menyakitkan,” kata Mourinho. “Saya mahu menunggu dan lihat tetapi saya selalu katakan bahawa jangan ambil risiko.

Herrera dijangka menyertai Juan Mata di meja rawatan ketika United menghadapi pertembungan Barcelona di Landover, Maryland. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -