Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penambang diseru patuhi piawaian keselamatan

    Oleh Sim Y.H

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Berikutan kejadian perahu tambang karam semalam, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) dengan ini menekankan dan menegaskan kepada semua pemilik dan pemandu perahu tambang yang berdaftar di negara ini supaya akan dapat mematuhi syarat-syarat keselamatan dan piawaian yang telah ditetapkan termasuk yang berkaitan dengan had muatan penumpang yang ditetapkan ke atas setiap perahu tambang dan juga jaket keselamatan.

    PBMP berserta agensi penguatkuasaan yang lain akan bekerjasama untuk meningkatkan dan memperketat lagi operasi penguatkuasaan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu perahu tambang yang tidak mengambil endah akan keselamatan orang ramai dan tidak mematuhi peraturan serta syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan.

    Demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai, pemandu-pemandu perahu tambang juga diingatkan supaya mengurangkan had laju semasa beroperasi memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai.

    Di samping itu, para pemilik dan pemandu perahu tambang yang tidak berdaftar dan berlesen dengan PBMP dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan, tidak dibenarkan beroperasi untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda