Penampilan baharu Ameng Spring

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya digunakan sepenuhnya oleh penyanyi Ameng (Spring) apabila dia kini muncul penampilan baharu yang lebih kurus.

Isterinya, Sabariah Zakariah, mengakui vokalis kumpulan Spring itu berjaya mengawal pemakanannya sehingga perubahan saiz badan kelihatan sangat drastik.

Malah, Ameng juga kerap mengunjungi pusat kecergasan untuk melakukan senaman selepas kerajaan melonggarkan syarat PKP.

“Kita terinspirasi dengan perubahan Encik hubby (suami) kita. Siapa sangka kan… kita sendiri pun tak terjangka. Macam tak percaya saja.

Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik hubby nekad… kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gim sebab PKP.

Rata-rata pengikut Aming Spring memuji kejayaannya merubah penampilan secara drastik.
– Agensi

“Tapi bila kerajaan umum gim dah boleh buka hingga sekarang Encik hubby tak pernah terlepas workout,” kata Sabariah.

Sabariah berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto perbezaan bentuk badan suaminya pada Februari lalu dan terkini di laman Instagram miliknya.

Rata-rata pengikut Ameng di laman sosial turut memuji perubahan penyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih.

Pada Julai lalu, isteri Ameng mendedahkan penyanyi itu berjaya menurun-kan berat lebih 18 kilogram dalam masa tiga bulan.

Menerusi laporan mStar pada 29 November tahun lalu, Sabariah pernah meluahkan rasa bengang apabila terdapat individu menegur saiz badan suaminya yang kelihatan berisi.

Dalam pada itu, Sabariah mengakui bukan mudah untuk dia mengikut langkah-langkah yang dibuat suaminya itu terutamanya dalam mengawal permakanan.

“Kita saja menyerah tapi perlahan-lahan juga kawal makan walaupun sekali-sekala bedal. Hubby selalu pesan, apa pun dalam kehidupan ini, tak perlu nak stres.

“Jangan ambil peduli. Bersyukurlah seadanya,” ujarnya.

Ameng mempunyai seorang anak lelaki bernama Wan Ahmad Haizal, 13 hasil perkahwinannya dengan Sabariah. – Agensi