Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penampilan baharu Park Bo Gum mendapat pujian

    PELAKON Park Bo Gum (gambar bawah) akhirnya terpaksa memotong rambut yang disimpan panjang untuk watak dalam drama terbaharunya, Encounter.

    Menerusi laporan Soompi, foto penampilan terbaharu Park Bo Gum berambut pendek menjadi topik perbualan hangat peminatnya di laman sosial.

    Rata-rata peminatnya mengucapkan selamat tinggal kepada rambut panjang Park Bo Gum dan memuji penampilan baharu itu lebih sesuai dengannya.

    Selain Park Bo Gum, drama tersebut turut dibintangi oleh Song Hye Kyo dan akan ditayangkan pada November depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda