Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Penampilan Nina Iskandar jadi tanda tanya warganet

    Gambar terbaharu yang dikongsi pelakon Nina Iskandar di laman Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya adakah dia kini tidak lagi berhijab seperti penampilan sebelum ini.

    Menjelaskan hal tersebut, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 31, memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan bahawa dirinya sudah berhijab.

    “Saya tidak pernah bertudung dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hal itu,” ujarnya ringkas ketika dihubungi wartawan.

    Pelakon berasal dari Brunei Darussalam itu dilihat berpenampilan menutup aurat sejak dua tahun lalu dan sering menerima pujian ramai.

    Dalam pada itu, Nina juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang rumah tangganya yang dikatakan bermasalah gara-gara tindakan pelakon itu memadam gambar-gambar bersama suami di akaun Instagramnya.

    Nina Iskandar menjelaskan mengenai penampilannya kini semasa dihubungi oleh pihak wartawan. – Agensi

    “Doakan yang terbaik.

    “Sekarang ini saya hanya fokus kepada diri sendiri dan kesihatan. Saya mahu turunkan semula berat badan.

    “Saya lebih memberi tumpuan kepada perniagaan dan mahu menyambung semula kerjaya lakonan,” katanya.

    Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019.

    Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019.

    Sementara itu, bercakap tentang kerjaya seni, pelakon drama Andainya Takdir ini akui rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran setelah sekian lama tidak kembali ke Malaysia akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

    Nina juga berkata, dia kini sedang dalam usaha untuk kembali menurunkan berat badan sebelum kembali bekerja.

    “Saya masih menerima tawaran berlakon tetapi disebabkan prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini susah untuk keluar negara. Tambahan pula anak masih kecil sebelum ini dan kami tidak boleh berjauhan.

    “Tidak dinafikan, memang rindu nak berlakon. Sekarang perintah kawalan telah longgar dan saya sedia untuk kembali bekerja.

    “Sekarang ini fokus turunkan berat badan dahulu. Sasaran saya mahu capai berat ideal iaitu 50 kilogram. Saya lakukan senaman bersama jurulatih peribadi dan mengawal pemakanan. Saya sudah mula lakukan semua ini sejak hujung April lalu,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...