Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penampilan pemain bintang PSG tarik perhatian

    TOKYO, 18 JULAI – Penampilan Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe mendapat perhatian daripada ribuan orang di Tokyo kelmarin ketika Paris Saint-Germain mengadakan sesi latihan pertama jelajah Jepun mereka.

    Kira-kira 13,000 orang peminat hadir ke padang ragbi Chichibunomiya Tokyo bagi menyaksikan sesi latihan terbuka PSG dan peminat juga berpeluang melihat aksi pengawalan bola yang menarik selama satu jam setengah daripada trio penyerang bintang kelab itu. Orang ramai bersorak ketika pasukan tersebut berlari keluar untuk berjoging mengelilingi padang dan setiap sentuhan bola pemain disambut dengan jeritan yang kuat.

    Pengawal keselamatan juga bersiap sedia bagi mengawal keadaan apabila beberapa orang peminat menceroboh padang sebaik sesi selesai.

    Seorang pekerja pejabat berusia 38 tahun, Masayuki Yoshizawa, tiba di stadium itu dengan memakai baju PSG era 1990an sambil memberitahu AFP bahawa dia tidak sabar untuk melihat aksi penyerang bintang kegemarannya, Mbappe.

    “Pasukan Ligue 1 biasanya tidak datang ke Jepun. Mereka biasanya pergi ke China,” katanya, sambil menambah bahawa dia telah menjadi peminat PSG sejak Leonardo dari Brazil menyertai mereka dari kelab Jepun, Kashima Antlers pada 1996.

    “Kedatangan mereka ke sini selepas wabak sangat menggembirakan penduduk sini. Saya rasa ia mungkin kali pertama dan terakhir,” katanya. – AFP

    Pemain bintang PSG memasuki padang bagi menghadiri klinik bola sepak di sebuah stadium di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...