Pemuzik dan deejay terkenal antarabangsa, Alan Walker bakal membuat penampilan sulung di Sarawak dalam Festival Muzik Borneo Live 2022.
Acara tersebut bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September nanti.
Penganjuran pertama kali secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam buah negara iaitu Malaysia, United Kingdom, Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Filipina.
Selain Walker, barisan artis lain antaranya DJ Soda, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul, Nicole Chen, DJ X Factor, DJ Venom C dan Moski Love.
Rynn Lim, ThomasJack, Priscilla Abby bersama kumpulan At Adau dan Tuku’ Kame’ juga dijadualkan akan membuat persembahan.
Tiket boleh dijual dengan harag antara RM400 hingga RM800.
Festival tersebut dibawakan oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmanent Event Studio dengan kerjasama More Entertainment. – Agensi