Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Penang Sunrise menang tipis

-

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Pasukan bola keranjang profesional Brunei Darussalam Pegasus patah hati selepas mereka tewas 73-72 di tangan Penang Sunrise Youngsters dalam kejohanan Malaysia D-League 2022.

Pemain Penang Sunrise, Di Yang Tee mencatat jaringan floater clutch dua mata dengan perlawanan berbaki 10 saat untuk mengesahkan kemenangan.

Bintang Pegasus Marcus Quirk menyumbang 31 mata dengan 16 rebound dan dua assist, manakala Boon Yi Hao dan Brooklyn Emerson adalah dua pemain lain yang mencatat angka dua digit dengan 10 mata masing-masing.

Dengan masa berbaki 29 saat dan Pegasus mendahului 72-71, pasukan kebangsaan itu mempunyai peluang untuk menambah tiga mata selepas Quirk menerima faul daripada Jason Khor Hao Wen dari Penang Sunrise Youngsters. Bagaimanapun, Quirk gagal memanfaatkan dua lontaran percuma berkenaan.

Selepas jaringan floater Di Yang Tee, Pegasus berusaha memenangi perlawanan menerusi Shean Lin Kuan yang melakukan lompatan untuk menjaringkan dua mata tiga saat sebelum perlawanan tamat, namun bola gagal masuk ke dalam jaring.

Pegasus akan berdepan MBC esok dan pasukan yang tidak ditewaskan Selangor XXIII esok.

Aksi Marcus Quirk semasa melakukan jaringan dalam perlawanan di antara Pegasus dan Penang Sunrise Youngsters. – Gambar serahan Malaysia D-League
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -