Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Penangguhan aktiviti rentas sempadan dilanjutkan lagi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI– Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pelanjutan penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan bermula 1 hingga 15 Mei.

    Menurut kenyataan JPM, penangguhan berkenaan adalah bagi aktiviti rentas sempadan ini bagi kemasukan warga asing melalui pos-pos kawalan darat dan laut termasuk perjalanan transit melintasi negara kecuali bagi kemasukan atau perjalanan transit yang diberikan kebenaran oleh kerajaan Negara Brunei Darusssalam.

    Kenyataan menyatakan, kemasukan dan perjalanan transit melalui Negara Brunei Darussalam hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan-kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam, dengan jaminan atau sokongan daripada pihak berkuasa negara yang berkenaan.

    Ini dengan syarat dan prosedur kemasukan yang sedia ada bagi tujuan urusan rasmi kerajaan, persekolahan dan perkhidmatan kecemasan seperti ambulans, polis dan tentera, dan vaccinated transport operators yang berdaftar di luar negara dengan Permit Lintas Batas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam bagi penghantaran bekalan import yang penting.

    Pelanjutan penangguhan juga bagi keluar dan masuk negeri secara ulang alik melalui pos-pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan.

    Syarat-syarat bagi pertimbangan keluar masuk itu tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Pandu COVID-19 dari semasa ke semasa.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang JPM di alamat www.pmo.gov.bn/travelportal atau menghubungi travel hotline di talian 120 semasa waktu bekerja ataupun melalui e-mel kepada travelapplication@jpm.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...