Penantian 13 tahun Senegal berakhir

KAHERAH, 11 JULAI – Senegal mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika buat pertama kali sejak 2006 apabila Adrissa Gueye menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Benin, di sini, awal pagi tadi.

Pemain tengah Everton, Gueye, meledakkan gol pada minit ke-70, menolak bola dari jarak dekat selepas menerima hantaran daripada bintang Liverpool, Sadio Mane.

Ini adalah perlawanan pertama di Piala Negara-Negara Afrika menggunakan system VAR dan tiada insiden kontroversi terjadi.

Benin dikurangkan kepada 10 pemain di penghujung perlawanan apabila Olivier Verdon dilayangkan kad merah.

Ahad ini, Senegal akan berdepan sama ada Madagascar atau Tunisia dalam saingan separuh akhir di ibu negara Mesir itu.

“Kami menjangkakan satu perlawanan sukar dan para pemain tidak menyerah kalah kerana mereka mempunyai mentaliti yang sangat bagus, sabar dan mengikut semua arahan,” kata jurulatih Senegal, Aliou Cisse.

“Pada peringkat ini, sesiapa sahaja boleh tewas. Kami datang ke sini dengan azam untuk bermain tujuh perlawanan, dan kami akan melakukannya. Kami mahu bermain di final.” – AFP

Idrissa Gueye ketika menjaringkan gol tunggal perlawanan yang menyaksikan Senegal menamatkan penantian 13 tahun ke separuh akhir. – AP