Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penantian 23 tahun Forest kini berakhir

    LONDON, 30 MEI – Nottingham Forest meraih promosi ke Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun setelah menghasilkan kemenangan 1-0 menentang Huddersfield dalam perlawanan akhir play-off Liga Kejuaraan (EFL) kelmarin.

    Pada aksi perlawanan, gol sendiri Levi Colwill pada lewat separuh masa pertama di Wembley cukup memadai bagi pasukan Steve Cooper bagi melayakkan diri ke Liga Perdana.

    Buat pertama kali dalam abad ke-21, Forest kini dapat mengalu-alukan kehadiran pasukan elit Liga Perdana ke stadium City Ground mereka yang terletak di tebing Sungai Trent.

    Promosi tersebut merupakan kejayaan peribadi buat Cooper, yang telah membangkitkan semula Forest sejak menggantikan Chris Hughton yang dipecat September lalu.

    Forest sebelum ini berada di tangga terbawah selepas meraih satu mata daripada tujuh perlawanan pertama mereka, namun Cooper telah menghilangkan kedukaannya melalui kerja keras selepas tewas dalam aksi play-off EFL menentang Brentford ketika bersama Swansea tahun lalu.

    Cooper memberi Forest harapan untuk bangkit semula apabila pasukan tesebut memulakan musim dengan prestasi yang terburuk selama 108 tahun dan memastikan mereka kekal fokus selepas kehilangan peluang pada promosi automatik dalam perlawanan kedua terakhir mereka musim ini menentang pesaing dua teratas iaitu Bournemouth.

    Forest yang menduduki tangga keempat, berjaya menewaskan Sheffield United menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir play-off dan kemudiannya berhasil menundukkan Huddersfield untuk menempah tempat di Liga Perdana musim hadapan. – AFP

    Reaksi Joe Worrall dari Nottingham Forest (tengah) mengangkat trofi bersama rakan sepasukan semasa memenangi promosi ke Liga Perdana Inggeris, selepas perlawanan akhir play-off Kejuaraan EFL kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...