TOKYO, 25 Jan – Penantian yang menyakitkan bagi ‘Yokozuna’ tempatan, atau juara utama sumo, berakhir hari ini apabila Kisenosato, 30, telah dipromosikan ke ranking tertinggi sukan kuno itu.
Kejuaraan pertama dalam Piala Maharaja di hujung minggu lepas sudah cukup baik untuknya menjadi ahli gusti pertama kelahiran Jepun sejak Wakanohana pada tahun 1998, meskipun ia telah memerlukan Kisenosato 73 kejohanan untuk sampai ke tahap itu, lebih lama berbanding orang lain sejak 1926.
“Saya menerima semuanya dengan rendah hati,” kata Kisenosato, yang mempunyai berat badan 178 kilogram, kepada para wartawan di upacara rasmi selepas diluluskan oleh Persatuan Sumo Jepun (JSA).
“Saya akan mengabdikan diri saya kepada peranan ini dan sedaya upaya tidak memalukan gelaran Yokozuna. – AFP
