Penantian Red Demons berakhir

VENEZUELA, 18 DIS – Venezuela merupakan satu-satunya negara Amerika Selatan yang menganggap bola sepak sebagai bukan sukan nombor satu mereka.

Namun, satu kumpulan penyokong menggelar diri mereka sebagai Red Demon telah berdedikasi selama 30 tahun untuk keghairahan bagi kelab bola sepak Caracas.

Walaupun berada di tengah krisis ekonomi dan politik, namun semangat yang membakar semakin membara.

Red Demons tidak peduli bahawa kebanyakan warga Venezuela lebih menyukai besbol berbanding bola sepak, walaupun mereka mempunyai musim yang buruk mereka tetap menjadi penyokong setia.

Mereka juga tidak pernah ketinggalan perlawanan yang ada, walaupun ketika tidak punya wang, mereka tetap akan pergi menonton perlawanan bola sepak.

Red Demons meraikan kemenangan pasukan mereka (kelab bola Caracas) setelah memenangi Liga Venezuela di Stadium Olimpico, Caracas, Venezuela pada 15 Disember. – AP

Semasa konfrontasi politik mencengkam Venezuela, kebanyakan siaran akan menyiarkan berita tentang pilihan raya di antara Presiden Nicolas Maduro dan pihak pembangkang diketuai oleh Juan Guaido.

Namun apabila kelab bola Caracas mempunyai perlawanan, mereka akan menyokong pasukan mereka meninggalkan dunia politik yang sedang berlaku untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka di stadium.

Semangat Red Demon tidak pernah luntur berdekad-dekad walaupun pasukan yang mereka sokong mempunyai musim yang buruk.

Kesetiaan mereka kepada kelab tersebut akhirnya membuahkan hasil selepas kelab bola Caracas memenangi Liga Venezuela Ahad lalu.

Red Demons kini menjangkakan banyak kemenangan akan berpihak kepada pasukan mereka dan berusaha untuk menjadi contoh dengan berkelakuan baik semasa menyokong pasukan mereka. – AP