Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penari luncur AS menangi gangsa Olimpik sebelum bersara

    BEIJING, 14 FEB – Selepas memenangi pingat gangsa di Sukan Beijing, peluncur ais Amerika Syarikat (AS), Madison Hubbell dan Zachary Donohue tunduk dan mencium gelanggang ais tempat lambang lingkaran Olimpik dicat.

    “Saya fikir ia hanya seketika untuk kami berdua mengucapkan selamat tinggal kepada ais Olimpik,” kata Hubbell, “dan terima kasih atas perjalanan yang tercipta.”

    Pemimpin AS dalam tarian ais berpeluk hari ini selepas tarian bebas mereka mengikut lagu ‘Drowning’ oleh Anne Sila untuk mengakhiri pertandingan mereka. Ia menandakan luncur Olimpik terakhir mereka dan acara terakhir paling manis dalam kerjaya selama sedekad bersama yang menghasilkan dua pingat perak kejohanan dunia dan gelaran di Grand Prix Final.

    Pingat gangsa mereka juga bermakna AS telah memenangi pingat dalam setiap tiga acara luncur pertama di Sukan Olimpik Beijing. Hubbell dan Donohue adalah sebahagian daripada pasukan pingat perak sebelum Nathan Chen, yang meraih emas dalam acara lelaki.

    “Untuk mencatat pengalaman baharu ini pada penghujung kerjaya kami adalah sesuatu yang kami sangat-sangat bersyukur,” kata Donohue.

    Pingat perak dalam acara berpasukan minggu lepas – yang turut dibantu oleh penari luncur ais tempat keempat, Madison Chock dan Evan Bates – boleh dinaik taraf kepada emas jika pasukan Rusia hilang kelayakan dalam kes doping.

    Selepas bersara, Hubbell dan Donohue merancang untuk mengadakan kunjungan dan kemudian memulakan sekolah meluncur ais kepunyaan mereka sendiri serta melatih atlet generasi baharu. – AP

    Reaksi Madison Hubbell dan Zachary Donohue setelah memenangi pingat gangsa dalam pertandingan tarian ais di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...