Penasihat khas Mitsubishi Motors meninggal dunia

TOKYO, 31 OGOS – Bekas Ketua Eksekutif Mitsubishi Motors, Osamu Masuko, yang membina perikatan pembuat auto Jepun bersama Nissan, telah meninggal dunia pada usianya 71 tahun.

Masuko dinamakan sebagai penasihat khas kepada syarikat itu ketika beliau meletak jawatan atas masalah kesihatan sejak 7 Ogos. Mitsubihi Motors Corp berkata dia meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 27 Ogos. – AP