Pencairan ais Greenland ancam jutaan orang

COPENHAGEN, 18 OGOS – Pencairan bongkah ais di Greenland kini tidak dapat dibendung lagi dengan salji tidak lagi dapat mengimbangi kehilangan ais biarpun pemanasan global akan berakhir hari ini, menurut penyelidik.

“Glasier di Greenland kini melepasi tahap pengurangan di mana salji yang mengisi lapisan ais setiap tahun tidak berlaku seperti biasa dan terus mengalir ke lautan, menurut kenyataan dari Universiti Ohio State.

Perubahan iklim memberi kesan buruk pada glasier dunia dengan pencairan ais menimbulkan ancaman kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Laporan membimbangkan tentang pencairan ais di pulau Artik terbentang luas itu – yang suhunya meningkat lebih pantas daripada bahagian lain di planet ini telah berganda beberapa tahun kebelakangan.

Sekitar 85 peratus permukaan Greenland iaitu sebuah pulau seluas dua juta kilometer persegi atau empat kali ukuran Perancis ini diliputi ais.

“Kajian ini mengesahkan hasil daripada banyak kajian lain … bahawa gabungan ini mencair dan menjadikan beberapa ketul gunung ais kecil, sekali gus menunjukkan sejumlah besar ais hilang dari Greenland sejak beberapa dekad lalu,” kata pakar klimatologi di Institut Meteorologi Denmark, Ruth Mottram, kepada AFP. – AFP

Gunung ais yang mencair dengan sebilangan besar ais dari glasier Apusiajik, berhampiran Kulusuk, sebuah perkampungan di daerah Sermersooq yang terletak di pulau dengan nama yang sama di pantai tenggara Greenland. Pencairan ais Greenland sehingga sekarang tidak dapat dipulihkan, dengan salji tidak lagi dapat mengimbangi kehilangan ais walaupun pemanasan global akan berakhir hari ini, menurut para penyelidik. – AFP