‘Pencalonan ahli kerabat diraja tidak sesuai’

BANGKOK, 10 Feb – Sebuah parti politik Thailand bersumpah bagi taat setia kepada raja selepas keputusan mengejutkan terhadap pencalonan adinda baginda sebagai calonnya bagi jawatan perdana menteri, mengundang kesan sebaliknya apabila raja menyifatkan langkah itu tidak sesuai dan tidak berperlembagaan.

Kenyataan taat setia itu dibuat ketika negara memikirkan keputusan mendadak Jumaat lalu itu yang mana Puteri Ubolratana Mahidol menyimpang dari tradisi yang menegah penglibatan sistem pemerintahan beraja terlibat dengan politik untuk menjadi calon bagi parti Thai Raksa Chart, namun tindakan beliau itu tidak disahkan oleh kekanda beliau, Raja Maha Vajiralongkorn dalam perintah lewat malam.

Kenyataan Raksa Chart mengatakan parti itu dengan setia menerima perintah raja dan melahirkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Ubolratana di atas kebaikan beliau pada parti itu.

Ubolratana, yang aktif di Instagram tidak secara langsung menyebutkan perintah raja dalam mesej semalam, hanya berterima kasih kepada orang ramai di atas sokongan dan galakan mereka dan menegaskan tentang keinginan ikhlasnya untuk melihat kemajuan Thailand dengan hak dan peluang bagi seluruh rakyatnya.

Pilihan raya Thailand pada 24 Mac bakal menjadi yang pertama di negara itu sejak rampasan tentera 2014 yang melantik pihak junta sebagai peneraju yang berazam membentuk semula sistem politik untuk menghapuskan pengaruh bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, yang sekutunya telah memenangi setiap pilihan raya kebangsaan sejak 2001.

Penglibatan rasmi Ubol-ratana ke dalam arena politik bukan sahaja mengejutkan tetapi juga beliau berbuat demikian dengan bergabung dengan parti yang disokong Thaksin.

Pencalonan beliau bakal meletakkannya untuk bersaingan dengan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha masa ini iaitu pemimpin junta, pilihan yang disokong bagi jawatan perdana menteri. – AFP