Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Pencapaian atlet wusyu dihargai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Dalam meraikan pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh atlet wusyu negara di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 di Kemboja, satu Majlis Penghargaan bagi Pasukan Wusyu Negara telah diadakan di salah sebuah dewan di ibu negara, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan selaku chef de mission kontinjen negara pada Sukan SEA ke-32, Dayang Zainab binti Haji Morshidi dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim yang juga merupakan penolong chef de mission kontinjen negara.

    Pada Sukan SEA ke-32 lalu, pasukan wusyu negara telah berjaya memperolehi pencapaian terbaik mereka dengan meraih dua pingat emas menerusi Awang Mohammad Adi Salihin bin Roslan dan Hosea Wong Zheng Yu.

    Selain itu dua lagi pingat gangsa telah disumbangkan oleh Basma Lachkar dan gandingan pasangan Majdurano Joel bin Majallah Sain dan Abel Lim Wee Yuan.

    Pada majlis tersebut, Pengiran Mohd Amirrizal turut berkesudian menyampaikan penghargaan kepada para atlet wusyu negara yang telah bekerja keras bagi mengharumkan nama negara serta para jurulatih pasukan wusyu kebangsaan.

    Pengiran Mohd Amirrizal dan atlet wusyu negara bergambar ramai semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -